Friday, August 27, 2010

seloka 4A3..(ACC F.C)


RAGAM 4A3, nukilan ZHARIFF

Indah rupawan sang putra,

Sang putra kacak bergaya,

Assalamualaikum pembuka bicara,

Pelajar 4A3 hebat belaka.



Satu kelas 38 pasang telinga,

Jantina yang sama pe'el,

SPM 2011 matlamat semua,

Moga kita hidup bahagia sentiasa.



Ima Izwani melangkah ke SEJAYA,

Tanggungjawab sudah disempurna,

Gadis melayu terakhir pilihan di hati,

Berwajah ceria, anggun dan bergaya.



Ini cerita monitor kelas ini,

Berdahi luas comel sekali,

Dalam kelas depan sekali,

Itulah Syafiq si 'Tompel' kami.



Hanis pula assistant monitor,

Orangnya tegap kuat study,

Man belon pula nama manjanya,

Main bola tampar menjadi hobi.



Bertubuh kecil rajin sekali,

Mengaji Al-Quran sudah mesti,

Amirul Amin melangkah bagaikan ceti,

"Wei Baye!! Payment mari".



Keturunan cine gebu sekali,

Lubang hidungnya menjadi identiti,

Bintang taekwondo di sekolah ini,

Itulah Fahmi Razak nama diberi.



Tiba pula si budak misteri,

Pembelian berbaloi dari Raja Ali,

Mengaji Al-Quran merdu sekali,

Sajid Halim pelajar harmoni.



Tiba pula masa pelakon di kelas kami,

'Little Pony' gelaran diberi,

Fathi Firdaus orang yang dicari,

Buat lawak mesti menjadi.



Pelajar cemerlang di kelas kami,

Menjadi pujiaan pelajar KAB,

Muhd Sufi Zahid empunya diri,

Pencipta burger toge di kelas kami.



Wajahnya mekar umpama bunga,

Kari kepala ikan citarasa di hati,

Pedagang rempah di kelas kami,

Itulah Mus'ab Umair pahlawan kami.



Pengawas sukan jawatan diberi,

Hari sukan sentiasa 'busy',

Bergendang pula menjadi hobi,

Itulah dia Ameer Soki.



Bermisai tebal lagak A. Galak,

Orangnya kuat berimaginasi dan berfantasi,

Member perempuan ramai sekali,

Itulah Shahmi Meon yang kami cintai.



Hidungnya mancung bak serombong keretapi,

Ahmad Farhan empunya diri,

Bila dia tiada Fini yang dicari,

Itulah 'Arshavin' wira kami.



Berbaju biru setiap masa,

Badannya chubby bak 'buntat',

Photographer terhandal di kelas kami,

Itulah dia Haris orang yang dicari.



Arif Azka pendatang baru,

Datangnya dari Teluk Intan,

Jadi imam di surau sudah mesti,

Solat berjemaah tak pernah "miss".



Daniel Ariff perkasa berdiri,

Badannya besar bagaikan teddy,

Time PJK tak tau hilang kemana,

Jerat dengan madu muncullah dia.



M.K Syahmi berwajah suci,

Dalam kelas depan sekali,

Time BM sentiasa serius,

Bila melawak kantoi juga.



Stik hockey dan cota sudah dimiliki,

Main hockey hebat sekali,

Panggilan kucing sudah sebati,

Itulah Din buat hati kami.



Pacat melulu gelaran diberi,

Gangster kampung di kelas kami,

Bola baling menjadi hobi,

Itulah Haziq Fauzi 'Syabab' sejati.



Ahmad Adlu kacak bergaya,

Orangnya biasa sahaja,

Dalam kelas tenang sahaja,

PIN! PIN! sana skit saya nak lalu.



Tiba pula giliran si tukang cerita,

Orangnya kacak berkaca mata,

Dalam kelas kecoh sentiasa,

Bila bad mood diam seribu bahasa.



Masa berpisah sudah tiba,

Sudah takdir nak wat camne,

Dengan harapan cikgu tak lupa kami semua,

Cikgu Ima, "KAMI SEMUA SAYANG KAMU!"



Tiba masa mengundur diri,

Harap dapat berjumpa lain kali,

Doakan kejayaan kami,

"Cikgu maafkan kami". (=
4 Aliran 3
Kalau Suke Jgn Lupe Like tau ^_^

No comments:

Post a Comment